
Kuala Lumpur, 2017 — Alhamdulillah, setelah sekian lama usaha gigih oleh Yang Dipertua (YDP) DSRB dan seluruh warga Koperasi Ukhwah, tahun ini menyaksikan satu pencapaian yang membanggakan apabila Ukhwah menerima pengiktirafan rasmi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Koperasi Ukhwah telah berjaya disenaraikan buat pertama kalinya di tangga ke-13 peringkat Nasional, ke-8 di peringkat Wilayah Persekutuan, dan yang paling membanggakan, dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik dalam Sektor Hartanah bagi tahun 2017.
Pengiktirafan ini menjadi simbol kejayaan atas komitmen berterusan dan usaha kolektif semua pihak dalam menjayakan misi dan visi Ukhwah sebagai koperasi unggul negara.
Walaupun bersyukur dengan pencapaian ini, pihak pengurusan menegaskan bahawa warga Ukhwah tidak seharusnya berasa selesa. Fokus kini adalah untuk terus maju ke hadapan dan menempatkan Ukhwah dalam kelompok Top 5 Koperasi Terbaik Negara menjelang tahun 2020, Insya-Allah.
“Together, we move forward.”