Koperasi Koputri
Koperasi KOPUTRI ialah singkatan bagi Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, sebuah koperasi yang mula beroperasi sejak tahun 2006. Ditubuhkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993, KOPUTRI telah berkembang menjadi salah satu koperasi kewangan yang kukuh di Malaysia dengan fokus utama membantu kebajikan kakitangan kerajaan.
KOPUTRI menawarkan produk utama iaitu pinjaman peribadi berkonsepkan Syariah, yang dirangka khusus untuk penjawat awam dengan kadar pembiayaan yang kompetitif, proses kelulusan yang mudah, serta pelan bayaran balik yang fleksibel. Setiap produk yang ditawarkan adalah 100% patuh syariah, sejajar dengan komitmen koperasi untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang beretika dan mengutamakan keberkatan rezeki.
Selain daripada kemudahan pembiayaan, KOPUTRI turut memainkan peranan dalam memperkukuh kesejahteraan ekonomi ahli melalui program kebajikan, pelaburan koperasi, dan pembangunan komuniti. Dengan pengalaman lebih satu dekad dalam industri, KOPUTRI telah membina reputasi sebagai koperasi yang telus, mesra pelanggan, dan berdaya saing.
Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi KOPUTRI
- Tiada penjamin & tiada cagaran diperlukan
- Pinjaman untuk tujuan pelbagai: penyelesaian hutang, ubahsuai rumah, beli kenderaan, modal bisnes, dll
- Bankrupsi dan ada sijil pelepasan hutang boleh memohon.
- Terima peminjam CCRIS, CTOS, SAA (syarat tertentu)
- Layak untuk pemohon dengan rekod CCRIS/CTOS (CTOS bawah RM20,000).
- Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun
- Proses dalam 1 - 3 hari bekerja.
- Kakitangan kerajaan dan badan berkanun
- Berumur 21 tahun – 59 tahun
- Gaji bersih minimum selepas potongan: RM1,500
- Komitmen luar tidak diambil kira
- Bekerja melebihi 6 bulan ke atas
- CTOS bawah RM5,000 dibenarkan
- Pendapatan tambah elaun RM 1,500.00 ke atas
- Salinan Kad Pengenalan (3 salinan disahkan)
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini (3 salinan untuk setiap bulan disahkan)
- Surat pengesahan jawatan dari majikan “Letterhead”
- Penyata KWSP (jika diminta)
- Penyata penyelesaian (jika overlap mana-mana Bank / Koperasi)