Koperasi Kobeta
Koperasi KOBETA yang telah didaftarkan penubuhannya pada 22 Julai 1993 terlebih dahulu dikenali sebagai KOPERASI BERSATU TENAGA MELAKA BERHAD yang diuruskan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan.
Pada peringkat awalnya, KOBETA beroperasi di Melaka dan sehingga hari ini ibu pejabatnya masih terletak di Melaka, manakala pejabat urusan beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan bersama ahli-ahlinya di sekitar Lembah Klang.
Sepanjang penubuhannya, KOBETA telah berkembang menjadi sebuah koperasi yang aktif dalam menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan, termasuk kemudahan pembiayaan peribadi patuh syariah kepada kakitangan awam. Dengan pengalaman lebih 30 tahun, KOBETA terus komited dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi ahlinya melalui penawaran kadar pembiayaan yang kompetitif, proses kelulusan yang lebih mudah, dan tanpa keperluan penjamin.
Selain itu, KOBETA juga sentiasa memastikan operasi yang dijalankan adalah selaras dengan garis panduan koperasi dan prinsip syariah, sekali gus menjadikannya antara pilihan utama penjawat awam yang memerlukan kemudahan pinjaman peribadi yang selamat, telus dan diyakini.
Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi KOBETA
- Pinjaman peribadi tanpa penjamin dan berkonsepkan Syariah.
- Guna untuk pelbagai tujuan seperti overlap, ubahsuai rumah, beli kenderaan, dan perniagaan.
- Bankrupsi dan ada sijil pelepasan hutang boleh memohon.
- Komitmen luar slip gaji tidak diambil kira.
- Layak untuk pemohon dengan rekod CCRIS/CTOS (CTOS bawah RM20,000).
- Pinjaman sehingga RM250,000 dan tempoh bayaran balik maksimum 10 tahun.
- Proses dalam 1 - 3 hari bekerja.
- Kakitangan kerajaan dan badan berkanun
- Berumur 21 tahun – 59 tahun
- Berjawatan tetap
- Bekerja melebihi 6 bulan ke atas
- CTOS tidak melebihi RM20,000.00 ke atas
- Pendapatan tambah elaun RM 1,500.00 ke atas
- Salinan Kad Pengenalan (3 salinan disahkan)
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini (3 salinan untuk setiap bulan disahkan)
- Surat pengesahan jawatan dari majikan “Letterhead”
- Bil Utiliti (cth : bil air, elektrik, Astro disahkan)
- Penyata penyelesaian (jika overlap mana-mana Bank / Koperasi)