
Hari Koperasi Negara 2016 peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah berlangsung di Lorong Medan Tuanku Satu, Kuala Lumpur selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Julai 2016.
Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri (HKNPN) ini adalah julung kali diadakan pada tahun ini dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi titik mula kepada negeri-negeri lain.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK. Kira-kira 50 buah tapak pameran telah disediakan kepada koperasi, kementerian dan agensi-agensi untuk mempromosi dan mempamerkan produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Koperasi Ukhwah turut dianugerahkan Profil Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan.